Isnin, 30 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Man@Sekilas Lalu..
Syukur Alhamdulilah ke hadrat illahi dengan sepenuh keizinannya saya kembali lagi membuka kedai dan terbaru muncul di laman web(blogger) untuk berkongsikan pendapat pada anda semua. Dengan menjalankan perniagaan pakaian terpakai (Bundel) dari Amerika, Europe, Japan yang hampir tertutup sejak 5 bulan lepas.. atas sebab2 kesibukan, Lalu diatas sokongan keluarga,kawan2 dan orang2 disekitarnya dan juga tidak lupa kepada para peminat2 bandel ini yang tidak jemu2 membeli saya bersemangat untuk kembali beroperasi.
Bermula dari idea ibu bapa saya yang telah menjalankan bisnes dalam rumah sejak 1986 dengan menjual pelbagai barangan terpakai(wak ros bundel) dan selepas 12 tahun kemudian kemunculan bandel import pula masuk ke negara ini dan telah mencetuskan idea2 dari rakyat kita untuk menceburi bidang ini termasuk juga saya ingin mencuba mendapatkan peluang dan ruang yang amat mantap ini.
Dari Pendidikan akhir di sekolah menengah dato harun (SMDH 1985) pernah melalui liku2 hidup di kota besar Kuala Lumpur(KL) seusia 18 tahun selepas (spm) selama 7 tahun mengembara mencari pengalaman atau rezeki dalam pelbagai kerja di salah satu tempat kerja yang paling saya suka ketika itu di DAYABUMI pernah menjadi budak penghantar surat ( mat despatch ) sekitar KL dengan kuasa motor yang amat power dengan ekzos!! potongnya pada masa itu lain tak bukan.. YAMAHA RXS..hehe.. Dipendekan cerita pada dalam kesibukan kota ianya satu kebetulan dari melihat,merenung dari seorang sahabat tukang pembuat kasut indon di satu tempat di suatu tempat(rahsia) akhirnya bermula satu Minat!! dan seterusnya Menyelam Ilmu!!....Sebagai anak sulung dalam keluarga ingin bekerja sendiri adalah lebih bagus! 'itu kata2 orang tua saya'..dengan adanya pengalaman seni dan bakat idea yang kreatif terhasil satu bisnes membuat kasut pelbagai designer (handmade-MAN Leather) yang memerlukan ketekunan dan kesabaran pertukangan yang amat tinggi. Mempunyai rakan niaga (DELL's Leather) paya jaras dan pernah sama2 memasarkan kasut handmade ini di kaki2 lima sekitar area chowkitroad satu ketika dulu..
Bermula menukang kasut dari ruang dalam rumah(1993) seterusnya ke ruang niaga MDKS(bazaar lama) 1998 membuat khidmat repair, menjahit kasut dan mejual pakaian terpakai.. sehingga kini masih bertahan ke bazaar terkini atau medan selera saya meneruskan tradisi menjual pakaian terpakai sahaja ini dengan harga kos jualan yang mampu anda miliki..oleh itu kepada peminat2 jenama bandel ini yang kini menjadi satu sebutan di seluruh pelusuk2 kampung,desa,felda2,town,budak2 U dan dunia amnya..yang ingin mendapatkan koleksi pakaian terpakai peribadi sendiri..saya ucapkan selamat datang ke mini shop saya ini.. dan saya ucapkan selamat datang!!..dan selamat berbelanja!!!
Man Bandel : 012 6522584
0 ulasan:
Catat Ulasan